Resepi Dodol Breadmaker

 Hi Assalamualaikum semua

Memandangkan kita masih di mood raya , today kakika nak share resepi dodol yang lembut sangat tapi menggunakan breadmaker ( depends function breadmaker masing² )

yang ni kakika baru buat makan panas² sampai melecur lidah haha, ini anak jiran lama request nak makan. so kakika buat la sbb penyedian dia sangat senang cuma 4 bahan


Pertama skali kita show off dulu la dodol yang masih panas, 1 tips kakika nak kongsi kan makan dodol kena pakai sudu plastic kerana pada sudu plastic takkan melekat mcm sudu besi, sebab tu la org jual dodol dlm plastic segi tiga tu

Okay back to resepi macam mana nak buat dodol guna bread maker 

Bahan A
2 cawan gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan
Masak dan tapis

( tips dari bibik kakika dia kata jangan pakai gula putih sbb nnt dodol keras )

Bahan B
2 cawan tepung pulut
1 cawan pati santan segar

okay campur semua bahan di atas masukkan dalam breadmaker korang, kakika pakai breadmaker mugen mmg ada function dodol tapi kalau korang punya x de korang cari function jem . 

okay kakika tunjuk skit video durasi 20 saat kakika edit utk rujukan masa akan datang




Comments

Popular posts from this blog

decor dari?

Bernam Nature Hut , “private campsite” yang menarik di Tanjung Malim Perak

PHOTOSHOOT RAYA CYBERJAYA