Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Mudah, Ringkas & Ada Doa!

Tengok video kat atas ni rasa tersentap bila mana kita nak something tak pernah nak sungguh² minta dekat Allah Kenapa kita bertahajud? SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya solat Tahajud atau solat di tengah malam. Tetapi kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam? Jawapannya : Kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah. Sesungguhnya, bukan perkara senang untuk bangun dari tidur nyenyak pada waktu malam Dan bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana sejuk malam. Dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan. Kerana amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Solat Sunat Tahajjud Pengertian Tahajjud ialah Solat sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Solat ini dilakukan selepas daripada waktu Isy...